Anwar Jelajah Negeri Sembilan, Kelantan & Kedah 10 - 12 Julai.

Berikut adalah butiran Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah pada hujung minggu ini (10-12 Julai):

Negeri Sembilan

Tarikh: 10/7/2008, Khamis

Tempat: Dataran Muhibah, Kg Ismail Batu 2, Jalan Pantai, Seremban

Penceramah: Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Anthony Loke (Ahli Parlimen Rasah), YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang), YB Dato Kamaruddin (Ahli Parlimen Teluk Kemang)

Untuk Dihubungi: Sabaruddin 017 246 2237, Chai 016 6313232

Negeri Kelantan

Tarikh: 11/7/2008, Jumaat

Tempat: Putik, Pengkala Chepa

Penceramah: Datuk Seri Anwar Ibrahim , Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan), YB Datuk Husam (Adun Kijang), YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang)

Negeri Kedah

Tarikh: 12/7/2008, Sabtu

Tempat: Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar

Penceramah: Datuk Seri Anwar Ibrahim , Senator Zamri Yusuf, Ustaz Azizan (MB Kedah), Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang

Posted in | 0 comments

Anwar Fail Tuntutan Syariah Terhadap Fitnah Saiful.

Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan syaraiah terhadap Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 41 ‘Qazaf’ Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah 1997 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Anwar memfailkan tuntutan tersebut pada jam 10.15 pagi tadi bersama peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Seksyen 41 ‘Qazaf’ secara spesifik menyentuh persoalan tuduhan zina, dan menurut hukum syarak, Saiful menghadapi penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit, atau kedua-duanya, sekiranya gagal mengemukakan empat orang saksi lelaki atau iqrar tertuduh.

“Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini,” kata Anwar.

“Dan saya dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang peruntukan qazaf. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera.”

Posted in | 0 comments